LAWATAN KERJA DAN SESI KUNJUNG HORMAT PUSAT LAKTASI KEBANGSAAN KE JAIS SHAH ALAM, 25 November 2022 – Bahagian Undang-Undang Keluarga (BUUK) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima kunjungan hormat dari Pusat Laktasi Kebangsaan, pagi tadi. Lawatan dari 7 orang pegawai yang diketuai oleh Dr. Siti Maisarah binti Ahmad selaku Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan telah disambut oleh Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS dan Puan Nik Suhaila binti Nik Hussin, Ketua Penolong Pengarah BUUK JAIS. Hadir sama, Tuan Mohd Khairulnizam Baharum, Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), Penolong-Penolong Pengarah dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam BUUK JAIS. Kunjungan hormat ini diatur bagi menjalinkan kerjasama strategik di antara kedua-dua organisasi bagi membantu masyarakat beragama Islam di Selangor dalam ilmu Penyususan Susu Ibu. Semoga kunjungan ini dapat menatijahkan hasil terbaik demi manfaat penduduk Islam di negeri ini. #jabatanagamaislamselangor #islamicsaviourobedience #kitaselangor