Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2014 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung pada 18 Ogos 2014 bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Laktasi Kebangsaan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014 ialah Breastfeeding: A Winning Goal for Life. Majlis pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia. Beberapa sesi seminar dan forum telah diadakan sepanjang hari sambutan bagi mengupas tema tersebut.
Dianggarkan seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli PUSPANITA, ahli persatuan penyokong susu ibu dan orang awam telah sama-sama memeriahkan sambutan minggu penyusuan ini. Disamping itu, pameran poster, booth pameran dan booth jualan turut mengambil bahagian dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung.




