
Pengenalan
Pusat Laktasi Kebangsaan adalah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertempat di Tingkat 5 Hospital Selayang. Ia telah dirasmikan pada 1 Ogos 2008 di Auditorium Hospital Selayang oleh Y.Bhg. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis tersebut diadakan serentak dengan Pelancaran 'Buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan' sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2008.
Misi, Visi & Objektif

Misi
Menjadi pusat sumber sokongan dan informasi bagi mempromosi dan memperkukuhkan program Penyusuan Susu Ibu.

Misi
Menjadi sebuah pusat kecemerlangan laktasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan jalinan sokongan daripada KKM, WHO dan UNICEF. Menjadi pusat pentadbiran dan rujukan utama program penyusuan susu ibu di Malaysia.

Objektif
Membantu Kementerian Kesihatan, NGO dan Sektor Swasta untuk bergiat cergas memperkembangkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia. Membantu mempromosi, menyokong dan melindungi budaya penyusuan susu ibu di kalangan masyarakat. Mengadakan kerjasama dan membentuk jaringan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa bagi aktiviti Penyusuan Susu Ibu. Menyelaras latihan berkaitan program Penyusuan Susu Ibu. Sebagai pemudahcara di dalam memperkukuhkan aktiviti program penyusuan susu ibu di Hospital Kerajaan dan Swasta, Klinik Kesihatan dan Organisasi lain. Membangunkan "Pusat Kecemerlangan Laktasi" untuk menggalakkan penerimaan penyusuan susu ibu yang mencapai piawaian mengikut polisi penyusuan susu ibu Malaysia. Membangunkan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan dan menyamatarafkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia dan di peringkat dunia mengikut terma dan rujukan Pusat Laktasi Kebangsaan yang telah diberi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Pengenalan
Pusat Laktasi Kebangsaan adalah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertempat di Tingkat 5 Hospital Selayang. Ia telah dirasmikan pada 1 Ogos 2008 di Auditorium Hospital Selayang oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis tersebut diadakan serentak dengan Pelancaran ‘Buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan’ sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2008.
Misi, Visi & Objektif
Misi
Menjadi sebuah pusat kecemerlangan laktasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan jalinan sokongan daripada KKM, WHO dan UNICEF.
Menjadi pusat pentadbiran dan rujukan utama program penyusuan susu ibu di Malaysia.
Objektif
Membantu Kementerian Kesihatan, NGO dan Sektor Swasta untuk bergiat cergas memperkembangkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
Membantu mempromosi, menyokong dan melindungi budaya penyusuan susu ibu di kalangan masyarakat.
Mengadakan kerjasama dan membentuk jaringan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa bagi aktiviti Penyusuan Susu Ibu.
Menyelaras latihan berkaitan program Penyusuan Susu Ibu.
Sebagai pemudahcara di dalam memperkukuhkan aktiviti program penyusuan susu ibu di Hospital Kerajaan dan Swasta, Klinik Kesihatan dan Organisasi lain.
Membangunkan “Pusat Kecemerlangan Laktasi” untuk menggalakkan penerimaan penyusuan susu ibu yang mencapai piawaian mengikut polisi penyusuan susu ibu Malaysia.
Membangunkan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan dan menyamatarafkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia dan di peringkat dunia mengikut terma dan rujukan Pusat Laktasi Kebangsaan yang telah diberi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.




