Pada 1-2 November 2014 telah berlangsungnya Konvesyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. Program anjuran Pusat Laktasi Kebangsaan ini adalah julung-julung kali diadakan yang menghimpunkan hampir semua kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia. Pada hari pertama program,Breastfeeding Support Workshop yang bertemakan “Breastfeeding Support: The Key to Successful of Breastfeeding in Malaysia” telah diadakan bagi bersama-sama berbincang dan membentangkan rangka kerja dan pelan tindakan masing-masing pada tahun 2015. Pada hari kedua pula, Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu telah berlangsung dimana wakil kumpulan sokongan bagi setiap negeri diminta membentangkan program-program yang telah diadakan sepanjang tahun 2014. Konvensyen ini telah dihadiri oleh 300 orang peserta dan telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pemakanan, Puan Rokiah Don. Penyampaian sijil bagi Kumpulan Sokongan Aktif dan sijil Pengiktirafan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu telah dianugerahkan kepada kumpulan-kumpulan yang layak bagi menghargai segala sumbangan mereka dan diharap dapat memberi suntikan semangat kepada kumpulan yang lain










