Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan telah berlangsung pada 30 Ogos 2014 bertempat di Dewan Anugerah KPJ Johor Specialist Hospital. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pusat Laktasi Kebangsaan, KPJ Johor Specialist Hospital dan Persatuan Penyokong-penyokong Penyusuan Ibu & Bayi Malaysia. Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Urusan KPJ Health Care Berhad. Sambutan di peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan ini adalah bertemakan “Scoring the Winning Goal in Breastfeeding in Malaysia”. Satu forum tentang sejauh mana fungsi dan sumbangan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di Malaysia telah diperbincangkan agar penambahbaikan dapat dilakukan dalam usaha memartabatkan penyusuan susu ibu. Pertunjukan “baby carrier & breastfeeding” telah dipertontonkan dihadapan pengunjung yang hadir, malah mendapat sambutan hangat daripada mereka. Disamping itu, turut diadakan sesi pengadilan Pertandingan Foto Menarik Penyusuan Dimana-mana, yang mana penghantaran penyertaan telah pun berlangsung sebulan sebelum hari sambutan diadakan. Sambutan ini telah dihadiri lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada orang awam dan anggota kesihatan dari seluruh Malaysia. Lebih dari 10 buah booth jualan turut dibuka bagi memeriahkan lagi sambutan ini.










