Sempena 23rd Congress of the Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia, Pusat Laktasi Kebangsaan dengan kerjasama OGSM telah menganjurkan “Pre-Congress Lactation Management Workshop” pada 5 Jun 2014 di One World Hotel Petaling Jaya. Seramai 200 orang peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta telah hadir bagi bersama-sama meluaskan pengetahuan tentang hak ibu yang menyusu ketika bekerja. Pre-congres ini adalah bertemakan “Mother’s Right to Work, Worker’s Right to Motherhood” yang memberi penekanan kepada peranan majikan dalam membantu menyokong penyusuan susu ibu dikalangan ibu yang bekerja. Ibu-ibu juga disaran untuk menyuarakan hak mereka dan berbincang dengan majikan bagi mempertahankan hak bayi mereka. Pre-congres ini mendapat perhatian daripada pihak berwajib seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Booth pameran dan booth jualan juga dibuka bagi memeriahkan lagi program.










